Monday, 22 July 2013

Ramadhan

Alhamdulillah. Aku masih diberikan kesempatan untuk bertemu Ramadhan kali ini bersama-sama dengan bonda tercinta. Ramadhan ke 6 yang disambut tanpa ayahanda di sisi. Tapi Alhamdulillah, aku masih punya peneman hidup sejati, mak.

Dah lama aku tak spend time dengan mak, bagi hadiah kt mak. Yang aku tau, last aku bagi kerongsang kot, xpon, baju kelawaq. Dua tahun, xpon bertahun2 lama dah aih. Tapi baru-baru ni, aku memang dah lama terlintas nak beli telekong warna warni tu kat dia. So, tercapai lah hasrat angkat sehelai hadiah bagi kt dia. Tanda terima kasih 24 tahun membesarkan aku. =)

Ramadhan kali ni jugak la, first time aku dengan mak semayang jemaah sekali. This is first time brooo! Mak memang dah lama mengidam nak berimamkan anaknya sendiri. Sejak dari Abah ada lagi, dia teringin nak buat, tapi xdak rezki. Now, aku dah boleh jadi imam kt dia, n she looks happy. I'm glad when you said "ni la benda terbaik yang mak nak sangat2". Aku senyum, Alhamdulillah.

Terima kasih mak di atas segalanya. Semoga mak dipanjangkan umur untuk tengok ku naik pelamin. Dan ku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatanmu mak. =)

Ramadhan ni jugak la, kena praktikal. This is my first day (22/7). Dapat kat company secretarial firm, di Menara BHL. Colleague okay, supervisor aku pon relax ja. Hopefully can go through every single day dengan baik, untuk 5 minggu yg akan datang.

Aku teringat lagi kata-kata seorang ustaz yang mai bagi tazkirah pada bulan posa tahun lepas. Ayat dia simple ja, tapi memang mengingatkan kita. "Janganlah pada bulan Ramadhan sahaja, kita baru ingat serta hafal setiap tarikh-tarikh dalam Kalendar Islam. Janganlah pada bulan Ramadhan sahaja, kita baru hafal waktu-waktu solat 5 waktu. " Ada benar di sebalik kata-kata itu. Pada bulan ni jugak, menguji kesabaran kita, masa untuk upgrade iman kita, dan melipat kali gandakan amalan kita.

InsyaAllah, kita pasti boleh. Dan aku harap, lepas Ramadhan, aku boleh maintain camni. Mencari jalan yang benar. Wallahualam.

1 comment: