Monday, 22 July 2013

Ramadhan

Alhamdulillah. Aku masih diberikan kesempatan untuk bertemu Ramadhan kali ini bersama-sama dengan bonda tercinta. Ramadhan ke 6 yang disambut tanpa ayahanda di sisi. Tapi Alhamdulillah, aku masih punya peneman hidup sejati, mak.

Dah lama aku tak spend time dengan mak, bagi hadiah kt mak. Yang aku tau, last aku bagi kerongsang kot, xpon, baju kelawaq. Dua tahun, xpon bertahun2 lama dah aih. Tapi baru-baru ni, aku memang dah lama terlintas nak beli telekong warna warni tu kat dia. So, tercapai lah hasrat angkat sehelai hadiah bagi kt dia. Tanda terima kasih 24 tahun membesarkan aku. =)

Ramadhan kali ni jugak la, first time aku dengan mak semayang jemaah sekali. This is first time brooo! Mak memang dah lama mengidam nak berimamkan anaknya sendiri. Sejak dari Abah ada lagi, dia teringin nak buat, tapi xdak rezki. Now, aku dah boleh jadi imam kt dia, n she looks happy. I'm glad when you said "ni la benda terbaik yang mak nak sangat2". Aku senyum, Alhamdulillah.

Terima kasih mak di atas segalanya. Semoga mak dipanjangkan umur untuk tengok ku naik pelamin. Dan ku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatanmu mak. =)

Ramadhan ni jugak la, kena praktikal. This is my first day (22/7). Dapat kat company secretarial firm, di Menara BHL. Colleague okay, supervisor aku pon relax ja. Hopefully can go through every single day dengan baik, untuk 5 minggu yg akan datang.

Aku teringat lagi kata-kata seorang ustaz yang mai bagi tazkirah pada bulan posa tahun lepas. Ayat dia simple ja, tapi memang mengingatkan kita. "Janganlah pada bulan Ramadhan sahaja, kita baru ingat serta hafal setiap tarikh-tarikh dalam Kalendar Islam. Janganlah pada bulan Ramadhan sahaja, kita baru hafal waktu-waktu solat 5 waktu. " Ada benar di sebalik kata-kata itu. Pada bulan ni jugak, menguji kesabaran kita, masa untuk upgrade iman kita, dan melipat kali gandakan amalan kita.

InsyaAllah, kita pasti boleh. Dan aku harap, lepas Ramadhan, aku boleh maintain camni. Mencari jalan yang benar. Wallahualam.

Saturday, 15 June 2013

"Abah"

Assalamualaikum. 16 Jun. Hari Bapa Sedunia.

Jarang sekali aku kongsi dan update mengenai cerita-cerita, kisah-kisah lama mengenai Abah. Tapi mungkin buat julung kalinya, aku akan share sikit pengalaman hidup bersama-sama salah seorang insan yang amat aku sayangi sampai aku mati.

Nasir bin Dan, atau panggilan yang selalu aku panggil Abah, hampir 6 tahun dikau telah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Alhamdulillah, setiap nasihat, tunjuk ajar yang dikau berikan sepanjang dikau hidup, aku guna pakai dalam mengharungi suka duka hidup sebagai manusia di muka bumi ini.

Aku ingat lagi bila masa zaman sekolah, aku kadang-kadang balik lewat malam. Pergi melepak sana sini dengan budak-budak flat. Lepas saja pukul 11, kalau x balik, Abah kuaq mai cari aku dah. Balik ja, standby nak kena hamput. Tapi aku bersyukur sangat bila Abah buat begitu. Sebabnya, dia nak men-disiplinkan diri aku, balik on time and Alhamdulillah, sampai sekarang aku dah terbiasa begitu. Terima kasih Abah di atas caramu dalam mendisiplinkan ku.

SRK Seri Permai, di sinilah tempat dikau hantar dan amekku setiap hari. Sebelum pi kerja, habis kerja, sanggup datang mai amek aku kt sekolah. Dengan duit belanja sekolah yang bagi pada time tu, kalau x silap aku, sehari RM1 sahaja , tahun 1996-2001, walaupon aku rasa jumlah ni skit, berbanding dari anak orang lain, tapi aku tetap bersyukur. Bila mai sekolah menengah pnya time, SMK Raja Tun Uda, duit belanja sekolah tu, "up skit" ja dari biasa, RM1.20 (Form 1-2), dan RM1.50 (Form 3-5). Aku tak merungut sangat, aku x melenting, malah aku faham kenapa Abah selalu bagi duit sekolah banyak tu ja. Ada hikmahnya yang aku akan lihat kelak. Alhamdulillah, kerana tindakan Abah tu la, ia banyak melatih diri ku untuk jadi seorang insan yang lebih baik dalam mengurus kewangan, aku rajin menyimpan, berjimat cermat walaupon orang kata "aku sep". Haha

Habis SPM, bila mai time result kuaq (12 March 2007), skit punya nervous tp macam mana pon, kena la p amek jugakkan. So, aku p amek. Previously, kebanyakkan result-result exam aku, aku akan share dengan mak dulu. Tapi kali ni, time SPM, disebabkan mak selalu ada kt surau, Abah merupakan orang pertama yang aku share result SPM dengan dia. Walaupun time tu, reaksinya cuma biasa, tapi aku tau, dalam hati dia, dia bersyukur dengan keputusan SPM ku. Dalam diam-diam, dia ada tulis result SPM aku dalam kertas, dan simpan dalam wallet dia. (Benda ni aku dapat tau bila dia dah xdak).

Tak sampai seminggu lepas tu, mungkin dalam 5 hari, aku di-uji dengan perkara yang memangnya pada masa tu, aku memang tak dapat terima langsong. 17 March 2007, Abah pergi meninggalkan ku dan sekeluarga yang lain, di kampungku Batu Kurau. Masa tu aku ada kt Penang, sbb cakap kt Abah, nak keja part-time kt EQ. Tapi last-last, aku tak jadi pi. Pukul 1 pagi lebih, abang telefon aku yang pada waktu tu, aku kt umah, dok layan movie kt TV3 tu haaa... Abang call cakap simple, "Abah dah xdak". Reaksi ku pula; "memanglah Abah xdak, dah Abah balik kampung". Yang sebenarnya, Abah dah pergi buat selama-lamanya. 2 pagi, hari sama, kami 2 beradik balik kampung. Sempat sedekahkan Yasiin, dan Alhamdulillah pukul 11 lebih, Abah selamat dikebumikan.

Aku sedih gila time tu, and sebelum solat jenazah, aku teriak sorang-sorang. Selama seminggu lepas tu, aku rasa diri aku ni, kosong, blank, empty, blur. Tak dapat pikiaq apa la orang kata. Tapi Alhamdulillah, arwah pergi dengan cara yang baik, malah wajahnya senyum sebelum diselimuti dengan kain putih. Lepas kejadian tu, Alhamdulillah, aku dapat terima dengan hati yang redha dan aku tahu, setiap yang hidup pasti akan menemui mati. Okay, bersambung bab kisah lama.

11 November 2007, kena plak tarikh tu, hari jadi aku. Dan kebetulan, tarikh tu jugak, 1st day UiTM keluarkan result permohonan kemasukan ke diploma, yang aku apply dlu. Alhamdulillah, diterima masok ke UiTM Merbok, dalam bidang Pentadbiran Awam. Selalunya result yang baik-baik ni, aku nak share ngn Abah dlu, tapi bila balik keja, balik umah, sunyi sepi. Tak dak siapa aku nak share pada ketika tu. Terasa sangat kehilangan dia, Ya Allah.... sampailah sekarang....

Inilah kisah hidupku bersama insan bernama "Abah". Mungkin tak banyak aku dapat share di sini, tapi at least, kisah hidup aku, pengalaman hidup aku, orang lain akan amek iktibar dan pengajaran. Walaupun dulu, aku memang seorang yang buas, boleh maki mak dan Abah aku, mencarot dengan depa, tapi diaorang skit pon tak melayan aku dengan terok skali. Malah depa lagi gigih untuk mendidik aku. Justeru itu, kepada kawan-kawan, sahabat handai di luar sana, yang masih mempunyai kedua ibu bapa anda, ada sedikit saya nak share.

Hargailah mereka selagi mereka ada bersama-sama kita. Setiap leteran depa tu, adalah untuk kepentingan diri kita sendiri. Depa berletiaq bukan untuk keburukan kita, tapi untuk kebaikan kita kelak jugak nanti. Apa yang mereka ajaq kita, didik kita, kita gunapakai. Sentiasa membahagiakan depa, sentiasalah bersama-sama dengan mereka. Sebab apa, kita tak tau ajal maut semua. Mungkin suatu hari nanti, masa bersama kita dengan depa, akan tamat macam tu ja. Dan sekali-kali aku bercakap, jangan ulangi apa yang aku pernah buat dlu kt Abah aku ni ya. Jangan sekali memaki hamun depa, mencerca depa, sesungguhnya depa la insan mulia dalam hidup kita.

Terima kasih Abah di atas ketegasanmu kerana itu telah membuatkan diriku lebih berdikari. Terima kasih Abah di atas rotanmu kerana itu telah membuatkan diriku lebih berdisiplin. Terima kasih Abah di atas setiap leteranmu kerana ia telah membuatkan diriku lebih matang untuk membezakan antara mana yang baik dan buruk. Terima kasih Abah di atas setiap pengorbanan yang dikau berikan dalam membesarkan aku dari aku kecil sehinggalah aku dewasa. Semoga rohmu sentiasa aman dan tenang di sana. Al-Fatihah....


Monday, 10 June 2013

Félicitation

As your nearest cousin, I'm here to wish Congratulations on your wedding last saturday (June 8, 2013), with your beloved husband, Yusri. Sorry couz i'm not be able to help a lot. Only this sincere gift from me to you. Happy ever after yeah. Tak sabaq nk merasa anak menakan. =)



Credited to Raja Azizul as OP for that day. Photo above captured at Taman Tasik, Taiping.

Wednesday, 5 June 2013

Introducción

Hi and Assalamualaikom. Welcome to my new page. This blog will features some of my future entries comprise everything. What I do. What I learn. What I love and anything. Feel free to drop by.
Here are some of what I really love to do. =)